Home » Aktiviti, Berita, PAS

Ulama Pelopor Kemerdekaan Negara.

1 September 2009 No Comment

BATU CAVES, GOMBAK: Pemuda PAS diseru supaya memperbetulkan kefahaman masyarakat yang mengatakan bahawa para Ulama tidak langsung memainkan peranan dalam memerdekakan Negara.

Menurut Ust. Fauzi Husin (gambar), terdapat dua jenis kemerdekaan yang harus difahami oleh para pemuda, iaitu merdeka daripada penjajah sebagaimana yang disambut dan dirayakan setiap tahun oleh masyarakat pada hari ini dan yang kedua ialah merdeka daripada belenggu jahiliyah abad moden yang membutakan hati dan naluri masyarakat Islam pada hari ini.

Beliau yang juga Ketua penerangan PAS Kedah mengatakan bahawa terlalu banyak peristiwa-peristiwa yang menunjukkan para Ulama kitalah yang menyingsing lengan mendepani kemaraan para penjajah yang ingin menjajah Negara kita. Tidak cukup dengan itu, para Ulama kita jugalah yang bersungguh –sungguh berjuang demi untuk memastikan masyarakat Islam di Negara kita ini bebas daripada belenggu kejahilan dan kemaksiatan kepada Allah S.W.T sehingga tertubuhnya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang kita dokongi sehingga ke hari ini.

Beliau berkata demikian di dalam program Kuliah Dhuha ini diadakan bersempena dengan program Ihya’ Ramadhan DPPG.

Dalam kuliah Dhuha bertajuk, “Merdekakah kita?” Ustaz Fauzi menjelaskan bahawa ramai di kalangan para Ulama’ yang sanggup meninggalkan dan menutup kitab-kitab yang diajar oleh mereka dan menyahut seruan jihad demi untuk memastikan ilmu-ilmu yang diajar oleh mereka berkenaan dengan Jihad benar-benar digunakan dalam mempertahankan negara.

Beliau membawakan contoh Ulama yang turut sama terlibat mempertahankan Negara kita daripada dijajah oleh British, di antaranya ialah Syeikh Abdul Samad Palembang yang pada ketika itu adalah seorang Ulama dan menjadi tenaga pengajar di Mekah sanggup untuk datang ke Tanah Melayu sebaik sahaja mendapat surat dari mufti yang menceritakan keadaan Tanah Melayu pada ketika itu. Beliau berjuang bersungguh-sungguh sehingga kepalanya dipenggal oleh pihak penjajah. Menurutnya lagi, kepalanya itu sehingga ke hari ini masih lagi menitis darah daripadanya dan masih lagi tidak reput dan berkeadaan baik.

Kepala Allahyarham masih lagi disimpan di Muzium Chulalongkorn dan perkara tersebut ditanyakan sendiri oleh Ust. Fauzi yang sempat bertemu dengan Tun Dr. Mahathir baru-baru ini. Untuk rekod, Tun pernah beberapa kali diberi peluang untuk melawat Muzium tersebut. Tun sendiri melahirkan rasa hairan dan kagum dengan perkara tersebut.

Benarlah firman Allah S.W.T. yang menyebut maksudnya “Jangan kamu mengira bahawa orang yang terbunuh pada jalan Allah itu telah mati, bahkan mereka masih lagi hidup dan diberikan rezeki oleh Allah S.W.T”.

Begitu juga yang terjadi kepada para pengikut Hj. Abdul Rahman Limbong yang mempertahankan tanah air dan menjadi benteng terakhir sehingga ramai di kalangan mereka terbunuh dan disemadikan di kampung halaman mereka. Sehinggalah berlakunya banjir besar pada awal tahun 60-an, di mana anak-anak dan cucu-cucu mereka terkejut bilamana sebaik sahaja banjir tersebut surut dan kubur-kubur terbongkar disebabkan banjir besar, maka mereka mendapati jasad datuk-datuk mereka yang terdiri daripada pengikut Hj. Abdul Rahman Limbong tersandar di batang-batang pokok getah dan jasad mereka masih lagi enak digigit oleh pacat.

(Nantikan berita-berita terkini Program Ihya’ Ramadhan DPPG yang akan menyusul dari semasa ke semasa )

Berita ini disediakan oleh Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan DPPG – Editor.

Terima kasih kerana sudi membaca dan melayari blog PemudaGombak.com. Blog ini diselenggara oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak. Jika ada sebarang maklumbalas atau respon, isi rung komen di bawah atau hantarkan emel kepada kami PemudaGombak.com[@]gmail.com.

Jika saudara ingin menjadi ahli Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak, boleh isikan hantarkan maklumat diri anda kepada kami melalui borang ini. Saudara/i juga digalakkan untuk menyebarluaskan sebarang tulisan di sini dengan merujuk kepada blog ini sebagai sumbernya untuk mengelakkan salah faham dan kekeliruan.

Kepada saudara/i yang dermawan, sumbangan wang dan derma bolehlah disalurkan ke akaun Maybank Bhd 562405504325 atas nama "Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak". Terima Kasih.

Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.

Spam Protection by WP-SpamFree