Program: Himpunan “WE LOVE TOK GURU”
Tarikh: 30 Januari 2010
Tempat: Dewan AU2 Keramat, Gombak
Fotografer: Sdra Fadhli Ilias
Jurufoto : Sdra Fadhli Ilias
Tarikh: Malam 1 Januari 2010
Lokasi: Gombak – KLCC – Tasik Titiwangsa – Gombak
Misi: Ziarah Kasih Pemuda PAS
Berkumpul di perkarangan Pejabat PAS Kawasan Gombak, Taman Sri Gombak kira-kira jam 10 malam. Dengan kekuatan kira-kira 30 orang pemuda, kami bergerak ke Pusat Bandar menuju ke Masjid As-Syakirin, KLCC.
Di Masjid As-Syakirin, KLCC kami bergabung dengan pemuda-pemuda PAS kawasan lain. Misi malam tahun baru ini diketuai sendiri oleh Ketua Pemuda PAS Pusat sendiri, Ustaz Nasaruddin Tantawi.
Taklimat oleh Pemuda PAS Pusat dan diikuti dengan bacaan doa untuk mendapat berkat daripada Ilahi …
Saudara;
HIMPUNAN AMAN DAN SERAHAN MEMORANDUM BANTAHAN MENYEKAT ROMBONGAN BANTUAN “PALESTINE SOLIDARITY CAMPAIGN” KE KEDUTAAN MESIR
Perkara di atas adalah dirujuk.
Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan Himpunan Aman serta serahan memorandum ke Kedutaan Mesir bagi membantah tindakan kerajaan Mesir yang menyekat rombongan bantuan “Palestine Solidarity Campaign” ke Palestin.
Tindakan kerajaan Mesir dianggap melampau serta mencabul nilai-nilai kemanusiaan. Himpunan Aman tersebut akan diadakan menurut makluman berikut:-
Tarikh : 8 Januari 2010 (JUMAAT)
Masa : jam 2.00 petang (selepas solat Jumaat)
Tempat : bermula dari Masjid Tabung Haji, Jalan Ampang dan Berarak ke Kedutaan Mesir, Jalan Ampang
…
Sidang Parlimen untuk meluluskan Bajet 2010 baru-baru ini menimbulkan perbahasan hangat di dalam blog-blog politik dan akhbar-akhbar arus perdana.
Penyokong-penyokong BN mahupun PR, masing-masing kesal apa yang berlaku ke atas Ahli-ahli Parlimen (MP) yang mereka pilih yang sepatutnya menjalankan tugasan mereka untuk hadir ke dalam sidang parlimen yang dijalankan.
Bagi penyokong-penyokong BN, ketidakhadiran MP-MP mereka ke Perlimen menyukarkan lagi usaha mereka untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada mereka selepas gagal pada PRU lalu.
Bagi penyokong-penyokong PR pula, kejadian tersebut menjadikan usaha untuk meyakinkan rakyat bahawa PR sebagai “government in waiting”, menjadi sukar selepas “hampir …
Ini tiada kaitan dengan iklan mana-mana syarikat perkhidmatan jalur lebar di Malaysia.
Ini adalah liputan dan koleksi album program-program khatan yang dianjurkan oleh Pemuda PAS Gombak dengan kerjasama Unit-unit Kerja Jemaah (UKJ) Pemuda PAS di setiap DUN.
Kira-kira 120 orang kanak-kanak lelaki dari seluruh pelosok Kawasan Gombak yang telah selamat dikhatankan untuk melengkapkan ciri-ciri lelaki Muslim sejati.
Ia dijalankan di ketiga-tiga DUN di dalam Parlimen Gombak, iaitu Gombak Setia, Batu Caves, dan Hulu Klang sempena dengan cuti sekolah akhir tahun 2009 yang sedang berlangsung.
Bermula pada 13 Disember di DUN Gombak Setia di Surau …
Dewan Pemuda PAS Gombak (DPPG) meneruskan misi “Mus’ab bin Umair” yang menjadi salah satu agenda DPPG untuk menjejak ahli-ahli pemuda PAS Gombak di peringkat cawangan-cawangan.
Ia sejajar dengan hasrat muktamar Pemuda PAS Pusat yang lalau untuk Mempersada Perjuangan.
Misi yang telah dimulakan semenjak tahun 2007 ketika DPPG dipimpin oleh Ustaz Hasbullah Riduan ini, diteruskan lagi pada sesi 2009-2011 ini.
Salah satu siri pertemuan dalam Misi Mus’ab bin Umair yang diadakan di DUN Hulu Klang
Sasaran utama misi ini adalah untuk mengumpulkan kekuatan para pemuda PAS di peringkat cawangan-cawangan seluruh Kawasan Gombak bagi menggerakkan jentera …
11 Disember 2009 bersamaan 23 Zulhijjah yang lalu, penduduk Gombak terutama ahli qaryah Masjid Jamek Kg. Nakhoda sungguh bertuah apabila dikunjungi pemimpin Hamas iaitu Syeikh Umar Misri yang juga Ahli Parlimen Palestin mewakili Hamas.
Beliau dalam rangka lawatan ke Wilayah Nusantara bersama beberapa orang lagi pimpinan Hamas.
Pada malam sebelum itu beliau telah diraikan oleh PAS Selangor dan Dato Menteri Besar Selangor dalam satu majlis ramah mesra dan makan malam di kediaman rasmi Menteri Besar di Seksyen 7, Shah Alam.
Para jemaah yang hadir untuk bersolat jumaat di Masjid Jamek Kg. Nakhoda cukup bertuah kerana dapat bertemu …
KLANG GATES – 40 orang remaja dari sekitar dan Gombak daripada Usrah Amal Gombak telah dikumpulkan dalam satu program Rehlah Amal 2009 di Kawasan Rekreasi Empangan Klang Gates pada 5 Disember 2009 lepas.
(gambar) Mendengar taklimat permulaan
(gambar) Ucapan perasmian oleh Ketua DPPG, Ustaz Syarhan
(gambar) Acara memanaskan badan ala-ala kungfu Gombak
Bertemakan “bersama mencambah minda, mengukuh jatidiri dan memantap ukhuwwah“, program setengah hari ini dianjurkan bagi mengajak remaja ini terlibat dalam program yang sihat sempena cuti persekolahan hujung tahun ini. Program dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Ketua DPPG, Ustaz Syarhan Humaizi Abd Halim …
Oleh : Ustaz Ahmad Irfan Ikmal Hisham
Di dalam khutbah wuquf di Arafah yang saya dengar secara langsung dari Masjid Nimrah tengahari tadi, antara perkara yang ditekankan oleh khatib ialah bahaya menggunakan media baru untuk menyebarkan berita yang masih belum pasti kebenarannya ke pengetahuan umum. Khatib menyebut bahawa antara media yang kerap digunakan ialah internet.
Penyebaran sesuatu berita tanpa menyelidik terlebih dahulu kebenaran perkara tersebut adalah satu fenomena yang semakin menjadi-jadi pada masa ini. Akan tetapi, ianya bukan suatu perkara baru. Semasa zaman Rasulullah dan para sahabat, fenomena ini biasanya dijuarai oleh …
Lihat laporan Utusan Malaysia hari ini.
Di muka hadapan melaporkan: “Lebih 1,000 rakyat Kelantan yang menggelarkan diri mereka Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan berhimpun di pekarangan pejabat Menteri Besar…..”
Di dalam pula melaporkan: “Beratus-ratus orang yang menggelarkan diri mereka sebagai Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan (JRPK) berkumpul di hadapan pintu masuk bangunan pentadbiran Kota Darulnaim….”
Sekejap kata 1000, sekejap kata beratus-ratus…
Sungguh pandai mereka mengira…
Hmmmm
GOMBAK SETIA, 29 November – Pemuda PAS Gombak “menumbangkan” seekor lembu sempena sambutan Aidil-Adha dan ibadah korban pada tahun 1430H ini.
Gambar sebelum kejadian: Ustaz Farhan sedang berunding dengan sang lembu.
Bertempat di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Gombak Setia, program ini merupakan anjuran bersama Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak dan PAS Kawasan Gombak pada hari ketiga Aidil Adha.
Hasil daripada rundingan tersebut, akhirnya sang lembu “bersetuju” untuk dikorbankan…
Ibadah qurban seekor lembu ini disertai oleh ahli-ahli Pemuda dan ahli PAS Kawasan Gombak dan telah diraikan dengan kehadiran ahli dan petugas PAS dan Pemuda …
Oleh: Ustaz Termizi Mohd Din (Ketua Lajnah Tarbiyah DPPG)
Telah ramai memberikan ulasan sama ada positif atau negatif selepas berakhirnya Seminar Memperkasakan Parti tempoh hari. Cukuplah dengan coretan rakan-rakan blogger dalam menggambarkan suasana program tersebut. Rasanya tidak perlu diulas lagi resolusi, perbahasan atau bilangan perwakilan serta pemerhati yang hadir.
Namun, saya ingin mengulas tentang seorang individu yang menjadi antara subjek-subjek utama ucapan serta perbahasan hari ini. Beliau adalah Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Bagi yang ingin mencari individu yang benar-benar menjiwai akhlaq sebagai ahli gerakan, pada saya contoh yang paling …
Sebagai sebuah parti yang berpengalaman luas dalam sepak terajang politik tanah air, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mampu menghadapi saat-saat getir dengan matang dan tabah. Sebagai sebuah parti pembangkang yang pernah memerintah di beberapa negeri di negara ini, PAS dilihat sebagai alternatif utama untuk membentuk kerajaan pada masa akan datang.
Hubungan intim dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat, menyaksikan beberapa siri cubaan untuk memecah-belahkan pakatan yang mampu menafikan majoriti Barisan Nasional di parlimen. Kemuncaknya, Umno dilihat begitu terdesak untuk mengharapkan sokongan daripada PAS untuk memulihkan sokongan rakyat kepada Umno-BN.
Perdana Menteri Najib Razak …